Healthy Bergedil

Sejak2 sakit ni aku memang banyak la jaga pemakanan aku..tak de la strict sangat jaga tapi tak la macam dulu. Dulu aku bedal je semua yang ada depan mata muahaha..sudahnya badan aku macam tong drum. Sekarang seriously aku jaga la..bukan diet gila2 tapi aku biasa amik nasi seminggu sekali je. Hari2 lain aku just makan sayuran dan buah-buahan. So kena kreatif sikit la dalam menyediakan makanan tu supaya tak la bosan hari2 makan masakan yang sama.

Aku biasa pagi  minum nestum atau oat, kekadang makan jugak la koko krunch dengan susu. Tengah hari biasa aku memang amik sayuran je. Malam plak biasa aku buatlah masakan simple2 berasaskan sayur atau telur..depends gak la pada mood aku. Kadang2 kukus tofu. Tapi minuman manis aku memang skip dalam 90%. Aku biasa prefer minum green tea & mineral je. Ye laaa..tak guna kalo beria2 diet tapi amik benda manis. Gula tu la penyebab gemuk sebenarnya. Alhamdulillah la walaupun belum lagi dapat cutting cam zaman-zaman anak dara tapi berkat usaha turun gak la dalam 6kg berat aku ni.

Semalam aku memang dari pagi teringin sangat nak makan bergedil..so balik keje semalam terus gi dapur rebus kentang..muahaha..nak resipi ke? ok la aku share camne nak masak healthy bergedil cara aku ni. Tapi aku tak nak la tulis ikut sukatan bagai sebab aku sendiri masak tak ikut sukatan. Korang agak2 je la ye yang penting korang ikut step aku.

1st aku rebus kentang sampai empuk. Pastikan betul2 empuk tau. Semalam aku guna dua biji kentang saiz besar dan sederhana yang aku potong-potong supaya lebih senang empuk cam gambar ni


Sementara tunggu empuk tu, aku hiris cendawan shitake (hiris halus), carrot (hiris halus) dan daun sup. Tapi sori la aku lupa nak amik gambar cendawan shitake dan carrot yang aku hiris halus tu hahaha..aku sempat amik gambar daun sup je.


Ok..ni bab penting.. pastikan korang ada mince meat..ala..aku guna yang Ramly je. Korang panaskan kuali, masukkan sikit olive oil..pastu campak je mince meet tu dalam kuali..agak2 daging macam dah masak korang masukkan cendawan shitake tu. Akhir sekali masukkan carrot. Pastu ketepikan apa yang korang tumis tadi. 



Sekarang gi balik dekat kentang yang korang rebus tadi..tengok dah empuk korang lenyek2kan, masukkan sedikit garam dan masukkan mince meat yang korang masak dengan cendawan shitake n carrot tadi..gaul sebati dan masukkan daun sup. Buat cam dalam gambar yang aku tunjuk ni ek..


Bila dah sebati tu korang buat la adunan kentang korang tu bulat2..pastu korang pecahkan telur sebiji, kacau..panaskan kuali dengan minyak zaitun (dah namanya makanan sihat so aku prefer guna minyak zaitun la..letak sikit je jangan letak cam nak goreng cekodok plak..) Celupkan bebola kentang korang tadi dalam telur pastu terus masukkan dalam kuali..tadaaa..dah siap dan boleh dimakan terus. 


Ni budak2 suka la..letak sos sikit..dah jadi cam cekodok. Makan ni memang kenyang gila. Selamat mencuba ye u olsss..


Post a Comment

7 Comments

  1. Bagus resepi ni, huda pun mmg tgh on diet, memang nk cari resipi makanan berkhasiat =)

    Blogwalking sini. Jemput singgah >> www.ceritahuda.com

    ReplyDelete
  2. Woww sedap bergedil ni, kalau ikan pon best gak !! Sarapan tu Nestum 3 in 1 ke hahaha jangan ambik 3 in 1 bahaya tau... jemput singgah blog kita jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe tq singgahhhh..eh2 tak..lama dah x amik 3 in 1..

      Delete
  3. lahh senang je rpnya nak buat. hahah makanan pebret ni

    ReplyDelete